Jisim kerelatifan Kerelatifan khas

Kursus pengenalan fizik dan sesetengahh buku teks lama tentang kerelatifan khas mentakrifkan jisim relatif yang meningkat apabila halaju sesuatu jasad itu meningkat. Menurut interpretasi geometri kerelatifan khas sering diperbalahkan malah terma 'jisim' septutnya bermaksud 'jisim rehat' lalu tidak bergantung kepada rangka inersia atau takvarian.

Dengan menggunakan makna jisim kerelatifan, jisim sesuatu objek mungkin berubah bergantung kepada rangka inersia pencerap dalam cara yang sama dengan sifat yang lain seperti mana kepanjangannya. Mentakrifkan kuantiti sebegitu mungkin adakala berguna untuk meringkaskan pengiraan dengan menetapkannya kepada rangka tertentu. Contohnya, katakan suatu jasad dengan jisim takvarian m0 bergerak pada suatu halaju yang relatif kepada sistem rujukan pencerap. Pencerap itu akan mentakrifkan jisim kerelatifan bagi jasad itu adalah:

m = γ m 0 {\displaystyle m=\gamma m_{0}\!}

"Jisim relatif" sepatutnya tidak dikelirukan dengan takrif "jisim membujur" dan "melintang" yang digunakan sekitar 1900 dan diasaskan oleh penggunaan hukum Newton yang tak konsisten: yang menggunakan F=ma bagi jisim pemboleh ubah, manakala jisim relatif bersesuaian dengan jisim dinamik Newton iaitu p=mv dan F=dp/dt.

Perhatikan juga jasad tersebut tidak bertambah dalam rangka yang betul, memandangkan jisim relatif hanya berbeza bagi pencerap yang berada dalam rangka yang berlainan. Satu-satunya jisim yang tidak bergantung kepada rangka adalah jisim takvarian. Apabila menggunakan jisim relatif, rangka rujukan terpakai sepatutnya ditentukan jika ia tidak lagi jelas. Pertambahan jisim relatif tidak bertambah dari penambahan bilangan atom dalam objek. Malah, setiap atom, malah juga setiap zarah subatom meningkatkan jisim relatifnya apabila objek memecut.

Buku-buku teks fizik kadang-kala menggunakan jisim kerelatifan kerana ia membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan mereka berkenaan fizik Newton untuk memperoleh tentang kerelatifan dengan rangka pilihan mereka. "Jisim relativistik" juga konsisten dengan konsep "pengembangan masa" dan "pengecutan kepanjangan".